Tuesday 28 September 2010

SERAWA PULUT DURIAN


pulut ni sy buat sebelum puasa lg tp x smpat nk down load. bila musim durian mmg tak ketinggalan masak pulut ni. pulutnya pulak kadang kala dikukus atau ditanak je. tgk la mana sempat. tapi sy suka dikukus. Ada yg letak sagu biji tp saya tak suka. ikut la selera masing2 ye...
Bahannya:
  • 200 - 300 gm isi durian
  • 2 helai daun pandan
  • 150gm gula pasir (ikut selera masing2 ye)
  • 1 keping gula melaka/kabung
  • 500ml santan
  • sedikit garam
  • 500gm pulut yg ditanak/dikukus.

Caranya :

  • Campurkan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam.
  • Masak seketika sambil dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak
  • Masukkan isi durian. Masak sebentar.
  • Sedia dihidang bersama pulut.

DAGING GORENG KUNYIT

Menu berbuka pose. Layan jer la resepi simple ni....
Bahan-bahannya :
  • 500gm Daging lembu dihiris nipis.
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 1 ulas lada besar - dimayang
  • 2 inci halia dihiris halus
  • 2 keping asam keping /sedikit asam jawa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • garam dan perasa secukupnya
  • sehelai daun kunyit yg dihiris halus
  • sedikit serbuk kunyit

Caranya :

  • Tebus daging sehingga empuk.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Bawang besar, bawang putih, halia, daun kunyit,
  • lada merah, garam, serbuk kunyit & perasa.
  • Masak sekejap dan sedia untuk dihidang.

Monday 13 September 2010

NASI TOMATO & AYAM REMPAH MADU

10.09.2010 - Menu utama di pagi syawal.......Nasi tomato, ayam rempah madu. kebiasaannya pagi raya nasi minyak menjadi pilihan. tapi tahun ini tukar selera kepada nasi tomato lak. Resepi ayam pula adalah dari Majalah Saji. tak ingat dah tahun bila tapi dah lama mencuba. resepinya di bawah okay.
Nasi Tomato :
Bahan-bahannya :
  • Rempah 4 (bunga lawang, cengkih, pelaga & kulit kayu manis)
  • 1 kilo beras basmathi (direndam sebentar)
  • Air disukat sama banyak dengan beras. (Contoh 5 cawan beras = 5 cawan air)
  • 2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (bahan * dikisar)
  • Setin kecil tomato puri
  • 1/3 cawan susu cair
  • Daun pandan
  • Garam
  • Planta & minyak sapi sedikit. /minyak masak

Caranya :

  • Planta/minyak sapi/minyak masak dipanaskan.
  • Masukkan rempah 4
  • Masukan pula bahan2 dikisar.
  • Masak sebentar, masukkan pula tomato puri.
  • Daun pandan, garam dimasukkan juga. (untuk membangkitkan bau pada nasi)
  • Masukkan air. biar menggelegak. Masukkan susu cair.
  • Setelah mengelegak masukkan beras dan masak sebentar.
  • Kecilkan api dan biarlah sehingga nasi masak.


Ayam Rempah Madu : -

Bahannya :-

  • 1 ekor ayam diperap dengan sedikit garam & kunyit. Goreng dan ketepikan.
  • 7 ulas bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 5cm halia * (bahan * dikisar)
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 4 sudu besar cili sos
  • 5 sudu besar cili kering - dikisar
  • 1 peket rempah kari ayam
  • garam dan gula secukupnya

Cara-caranya :

  • Tumis bahan kisar, rempah 4 sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan tomato puri, sos cili dan cili kisar.
  • Masukkan pula rempah kari (yg dicampur dengan sedikit air) gula & garam.
  • renehkan dan masukkan ayam.
  • kacau rata baru diangkat.

Friday 10 September 2010

ACAR TIMUN MENTAH

010.09.2010 - Layan ler resepi nih.....

Bahan-bahannya :-
  • 3 batang timun dihiris memanjang.
  • 1 biji lada besar - dimayang
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 2" lobak merah dihiris halus memanjang
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 4-5 sudu besar gula pasir
  • garam secukupnya

Caranya :

  • Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra.
  • sedia untuk dihidang.

### Petua dari mak mertua

  • Basuh dahulu timun baru dipotong supaya tidak byk air & rapuh
  • Sukatan gula harus manis sedikit.

RENDANG AYAM

10.09.10 - Rendang daging di pagi Syawal...resepi emak. Tahun ni menyengat sikit sbb tambah lada kecil. Tapi fuuoohh....sodap! Rendang ni main campak2 & biar jer semua nya bercampur sekali. Jangan plak lupa, selalu kacaukan nanti berkerak/hangit tak jadi rendang la pulak. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya : -

  • 1 kg Daging
  • 3 batang serai *
  • 10-20 biji Bawang merah*
  • 3 ulas bawang besar*
  • 2" lengkuas
  • 2" halia* (kisar bersama semua brng bertanda *)
  • 2 paket kecil rempah kari daging/ayam adabi
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • Segenggam cili padi (jika suka)
  • Semangkuk kerisik
  • Rempah empat - 2 btng kulit kayu manis, 3 bj bunga lawang, 5 bj pelaga & 6 bj cengkih
  • Sekeping gula keret/melaka
  • 3 sudu gula pasir (ikut rasa)
  • Garam, asam keping/asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Santan dari 2 biji kelapa (asing kan pekat & cairnya)
  • 2 helai Daun kunyit dihiris2

Caranya :

  • Daging, barang kisar, lada kecil, lada kisar, rempah ratus, gula melaka, belacan, rempah kari dicampur semuanya.
  • Pabila air daging dah keluar, masukkan santan cair. masaklah dengan api sederhana perlahan sehingga daging empuk.
  • Bila dah empuk, masukkan santan pekat, garam & gula.
  • Masukkan pula kerisik dan daun kunyit.
  • Selalulah kacau supaya tidak berkerak.

Thursday 2 September 2010

IKAN MASIN MASAK LEMAK NENAS

Menu berbuka pose tuk hari ni. Dah lama dah mengidam tp tak kesempatan nk buat.
Dah siap2 masak petang tadi terus bawak ke rumah mak...berbuka di sana.
Kali ni sy ikut resepi dalam majalah saji. lainlah sikit dari resepi sendiri...

Bahan:-
  • 500 gm isi ikan kurau masin + tulang (cuci dan toskan)
  • 3 batang serai
  • 500 gm nenas
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam
  • 400ml santan (sy pakai 1/2 biji)
  • 3 keping asam keping
Bahan2 dikisar:
  • 100 gm bawang besar (sy pakai bwng kecil dlm 6-7 ulas)
  • segenggam cili padi (lebihkan kalau nk pedas)
  • 2" inci kunyit hidup
Caranya:

  • Potong nenas dan rebus bersama 500ml air sehingga empuk.
  • Masukkan bahan2 yg dikisar. Asam keping & serai.
  • Bila semua sudah sebati masukkan pula ikan masin, daun kunyit dan
  • akhir sekali masukkan santan. (kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak)
  • Masak sebentar selama 4-5 minit.
  • Sedia untuk dihidang...


AYAM MASAK MERAH

Ha..ni menu berbuka untuk hr ini...hmmm kegemaran anak sulung sy ni. boleh juga dimakan bersama nasi minyak. selamat mencuba...simple dan mudah kan..
Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam (gaul garam & kunyit serbuk, goreng sebentar)
  • 8 ulas bawang merah }
  • 4 ulas bawang putih } dikisar
  • 1/2 inci halia }
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • sedikit air asam jawa (lebih kurang 1/4 cwn)
  • Kiub ayam (jika ada)
  • Garam & tomato
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 1 biji lada merah - dimayang

Cara-caranya:-

  • Panaskan minyak, tumis barang2 yg dikisar.
  • Masukkan cili kering kisar dan tumis sebentar
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan air asam jawa. Biarkan seketika.
  • Selepas itu masukkan kiub ayam, perasakan dengan garam & aji.
  • Masukkan ayam goreng tadi dan bawang besar serta lada merah yg dimayang.
  • Gaul2 dan....dah siap...