Monday 24 October 2011

Sebelum & Selepas....

Kali ni jom tengok ruangtamu rumah angah before & after decor-decor. Berubahan kecil sebenarnya. Angah tak mahir dalam bab-bab mendecor nih...hentam je apa yang berkenan.
Sejak kebelangan ni berminat pulak dengan 'english style' walaupun tak seberapa tapi inilah hasilnya..sedikit perubahan telah mengubah keadaan. Dan pastinya dihari mendatang, angah akan tambah pe-pe yang berkenan dimata & dihati.....

sebelum & selepas....






bunga nih angah gubah sendiri..hentam aje...nasib baik menjadi!! hikhik






Sekian, jumpe lagi...

Friday 7 October 2011

Deco-deco time...

Hujung minggu kali ni angah mengecat. mangsa angah adalah pasu tempayan, rak majalah & tempat letak kunci, angah cat kalor putih...henglish style le kononnya. hehehehe...dah lama dah minat english style ni. ada 2 biji pasu tempayan menjadi mangsa angah kali ni. salah satunya angah dah deco seperti di bawah. lagi satu tunggu la dulu......idea dah ada tp masa pulak mencemburui...cewaahh... kena la slow-slow kalau semua nak buat dalam satu masa...pengsan le kan kan...


setelah dicat.....




Last sekali...bunga ros.
angah beli kat Romantika gak...dalam dua tangkai...RM10 se...



Taraaaaaaaaaa...............heheheh


Kat bawah ni...mangsa-mangsa angah.....

Tempat letak kunci



Teko RM2 se...beli kat Romantika gak..
gantung je kat bawah tu...kat atas tu pun nak letak jugak.
tapi tak jumpa lagi yang sesuai...


Rak letak majalah....pasu tinggi tu tak gubah bunga lagi

Pengepit kain langsir...

Tuesday 4 October 2011

Orkid Butterfly

Antara koleksi orkid Butterfly angah. walaupun sangat sensitif. angah paling suka orkid jenis ni. memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh terdedah kepada cahaya dan air yang banyak. part yang paling best adalah bunganya yang tahan sehingga 3-4 bulan lamanya. 2 pasu orkid angah ni telah mati bila terkena hujan. sejak tu orkid ni angah letak dibawah bumbung. selamat dari cahaya dan air yang banyak. bunga pun tahan lama.


Untuk kekalkan bunga yang cantik. semburkan racun serangga pada kudup bunga sehingga bunga berkembang. semburkan 2 kali seminggu. jangan semburkan baja kerana bunga tidak tahan dengan baja. kalau tak jaga betul2, bunga butterfly ni akan berlubang2 digigit serangga. kan tak cantik. semut pun mengada2 masa ni. sebuk nk kacau.

cantik kan...tp jarang sangat berbunga.....

Saturday 1 October 2011

Tanamanku part II

Tanaman ku part II, diantara tanaman angah yg berbunga-bunga skang ni....walaupn jarang2 berbaja tapi ttp berbunga......slalunya angah selalu bercakap2 dengan tanaman angah. kate orng tua2 bila bercakap dengan tumbuhan ni..ianya makin subur. betul ke tidak tak tau lah. tapi itulah yg selalu angah amalkan.






Pokok ni cina depan rumah bagi kat angah. katenya bila pokok ni berbunga. itu menandakan ada 'Ong' (luck). ada jugak sekali dua berbunga. tp sejak pindah kat tepi rumah. tak berbunga terus dah. merajuk kut....


Ni angah panggil orkid kerinting. mudah sangat berbunga.

Orkid 'Dancing lady' . Menari2 bila ditiup angin. mungkin kerana itu maka namanya tercipta kut.




Halicornia...