Wednesday, 20 January 2016

ROTI PAUN

Assalamualaikum semua....meroti lagi angah kali ni...
mencuba roti paun...resepi dari tenet...
mmg marbeles...lembut..gebu....
makan panas2....best sgt...


Resepi Roti Paun...

1/2 cawan air suam 
1 biji telor (L) 
300gm tepung roti
80gm gula 
20gm susu tepung 
1 sk yeast 
1/2 sk bread softener 
1/4 sk bread improver 
1 sb marjerin 


Caranya : 
Campur kesemua bahan dalam bread maker. 
Set 'dough'. 
Bila siap...bulatkan 63gm setiap satu. 
Dulang 9x9. biarkan 45 minit sehingga doh naik berganda. 
Bakar 180 20minit. 
Keluarkan dari oven dan sapu marjerin. 


Lembut...gebu....marbeles...!!!!

Selamat Mencuba 

SAMBAL SOTONG NOXXA

Assalamualaikum....lama benar tak masak sambal sotong lembut/kembang ni 
Kali ni angah nak masak menggunakan periuk noxxa yang marbeles ni...
Sejak ada periuk noxxa, memasak menjadi semakin mudah. 
Sotong kembang ni biasa kena renehkan untuk lembutkannya.
Ada juga petua merendam sotong ini dengan air abu selama 6 jam!! Fuhh...lama tu. 

So..jom kita masak sambal sotong lembut dengan periuk noxxa....


Bahan-bahannya: -

2 ekor sotong lembut...dipotong2 kecil

Bahan kisar:- 
Lada kering/lada boh 3 senduk 
Bawang besar 2 labu 
Bawang kecil 5 ulas 
Bawang putih 5 ulas
Halia - 3cm 

Asam keping - 2 keping 
Sedikit belacan 
Gula melaka 1 keping 
Garam/gula 



Caranya: 

Isi sedikit minyak untuk menumis..
Tekan 'STIR FRY', tekan start..
tumis lada boh, masukkan 2 sudu gula...
(untuk mendapatkan sambal warna gelap)
masukkan bahan kisar....tumis lagi..
masukkan belacan..gula melaka dan sotong..
kacau sebentar..
Tekan 'STOP'...tutup periuk. 
Tekan 'HP' 3 minit.  Tekan start. 
Bila selesai...tekan 'stop' dan keluarkan angin. 
buka tudung...tekan STIR FRY untuk memekatkan kuah. 
Siap. 


SELAMAT MENCUBA

Sunday, 17 January 2016

PIZZA

Assalamualaikum, hai semua...kali ni angah berkongsi resepi pizza 
dengan menggunakan Noxxa Bread Maker. sangat senang. 
Semua bahan campak jer dalam bread maker tu...dan biorkan 
ia berkerja. So..kita leh wat kerja lain..
masa mengguli dalam anggaran sejam setengah. 

jom cuba....

Bahan: 

250gm air 
60gm gula 
1 1/2 sk garam 
2 sb susu tepung 
1 biji telor 
500gm tepung high protein/gandum
3 sk yis segera 
60gm marjerin 

Caranya : 

Satukan air dan yis. ketepikan. 
Masukkan dalam bekas bread maker semua bahan lain. 
Masukkan air+yis tadi. 
Set button no 10. untuk 'dough' 
tekan start..



Setelah siap..keluarkan doh. bahagi 4 (9 inci pan) anggaran 250gm setiap satu. 
Leperkan dalam pan pizza...sapu sos cili, sos tomato dan taburkan origano. 
Isi piza boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda. 
Kali ni angah menggunakan sosej, tuna ayam brands,  lada benggala, 
bawang holland dan tomato 
yang dipotong dadu...
Isi sos tomato, sos cili dan mayonis. 
Akhir sekali...taburkan cheese mozarela. 
Bakar 180 selama 17 minit. 


Thursday, 24 December 2015


FAMILY DAY POK JAK CREW 2015 
Pertandingan Boling 
24 Disember 2015
Jam 2 petang 
Mega Lanes, Mega Mall 

Alhamdulillah tahun ini..terlaksana lagi family day PJC . 
Tahun ni merupakan paling banyak penyertaan. 
Seramai 35 orang peserta termasuk kanak-kanak. 
Sebanyak 5 group terdiri dari 6 orang peserta, dan 1 group kanak-kanak. 
Hapenning sungguh...dan yang bestnya..setiap orang tidak pulang dengan 
tangan kosong. Semua dapat hadiah. 

Alhamdulillah. 
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah dan kepada 
semua ahli PJC kerna menjayakan game ini.....





































Sunday, 1 March 2015

PUDING FRUIT COCTAIL & KUAH KASTARD


Dalam family angah...puding sangat digemari. Bermula dari mak..anak-anak hingga ke cucu semua suka puding. Puding biasa yang angah buat adalah puding buah yang dicampur kastard. dan kuah. itu aje. 
Tapi kali ni angah mencuba puding berkuah kastard. Dah agak feedback anak buah..ada yang suka..ada yang tak suka..pekat lah kuah dia...ngapa tak buat puding biasa..tetapi kebanyakkannya suka..hanya sorang dua jer cakap tak suka. biasa lah..benda baru kan...tapi mak angah cakap..sedap.

Puding agak manis dan kuahnya tidak manis. okay sangat kan. Resepi angah amik dari facebook. Angah suka screenshot resepi-resepi yang nampak sedap. Dan resepi ini salah satu yang angah cuba. Memang hasilnya tidak mendukacitakan dan sedap. Jom intai resepinya.....



Bahan-bahannya :
* 1 paket serbuk agar-agar 
* 2biji telor 
* 4 cawan air 
* 1/2 tin susu cair 
* 1 cawan gula 
* 2-3 sudu besar tepung kastard 
*1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah) 

Cara Membuatnya :
1. Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga larut.

2. Pukul telor dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan. 

3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair.biar mendidih, masukkan campuran 
telor tadi. Masukkan friut cocktail. 

4. Masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan. 


Bahan untuk kuah kastard. 

*300ml susu cair
*air dari buah cocktail 
*2 sudu makan gula 
*1 sudu tepung kastard
*sedikit esen ros

Cara membuatnya: 

Campurkan semua sekali dan simpan di dalam peti sejuk. 
Boleh juga dipanaskan sedikit susu cair sebelum memasukkan bahan lain. 

*****Selamat Mencuba *****

Saturday, 15 March 2014

FAMILY DAY POK JAK CREW - 2014

FAMILY DAY POK JAK CREW 
TARIKH : 15 MAC 2014 
AGENDA : 
PERTANDINGAN BOLING - MEGA LANES - 3.00 PETANG 
MALAM BBQ - PERKHEMAHAN BALOK - 8.00 MLM  

Kali ni kami berkumpul anak beranak. seronok sangat dapat bertemu, walaupun duduk di Kuantan tapi tiada masa nak berkumpul cam gini. So kebiasaanya kami berkumpul dan berbbq di rumah brother joe sahaja. Tapi kali ni disiang hari kami adakan pertandingan boling dan pada malamnya kami berbbq di Pusat Perkhemahan di Pantai Balok. tak semua dapat tido disana kerana hari hujan. 



Pertandingan boling di Mega Lanes, Mega Mall...gamat sungguh suasana dibuatnya. 

 



























BBQ Time....