Monday, 19 September 2011

TALAPIA KUKUS MADU

    TALAPIA KUKUS MADU

Bahan :

1 Ekor Ikan Talapia

1 Biji Limau Nipis (Jus)

10 Biji Cili Padi }

2 Ulas Bawang Merah }

2 Batang Serai }

2 Tangkai Daun Ketumbar }

1 Sudu Teh Sos Tiram

1 Sudu Teh Madu

1 Sudu Teh Garam

1 Sudu Teh Lada Hitam

10 Tangkai Sawi Siew Pak Choy (Jika Suka)

2 Sudu Makan Minyak Jagong


Cara :

  1. Campur semua bahan (kecuali ikan dan sayur) ke dalam mangkuk dan kacau rata. Sawi dicelur.

  2. Letak ikan dalam pengukus dan curah bahan-bahan yang digaul di atas ikan dan kukus hingga masak (10-15 minit).

  3. Angkat ikan ke dalam pinggan yang dialas dengan sawi dan curahkan kuahnya.

  4. Hias dan hidang.

LEPAT PISANG SIHAT SERANTA


LEPAT PISANG SIHAT SERANTA

Bahan:

10 biji Pisang Lemak Manis

120gm Tepung Gandum

2 sudu Makan Tepung Beras

50gm Kelapa Muda – diparut

70ml Susu Rendah Lemak

2 sudu makan Gula Kabung/Gula (Jika suka)

1 sudu teh Garam


Cara:

  1. Lenyek pisang.

  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, kelada parut, susu, garam dan gula.

  3. Sediakan daun pisang dan bungkus.

  4. Kukus sehingga masak (15 minit)

PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN PUSPANITA PAHANG

Pada 14 Julai 2011 - 'Mula Sihat, Akhir Sihat' tema pertandingan memasak anjuran Puspanita Negeri Pahang. Pertama kali masuk pertandingan memasak...berdebar2 rasanya. serba serbi yg disentuh tak kena. Pendek nafas..hahaha itulah ungkapan sebenarnya..tp yg seronoknya dapat menimba pengalaman. Itu belum aku yg menjadi chef...hanya assistance. hanya deco mendeco je keje ku. tp debor giler.

Pertandingan ini adalah untuk memilih wakil negeri untuk penyertaan peringkat kebangsaan. of course le kitorng tak terpilih. deco pn melaut peginya. hikhik...tp yg best nya sy dpt cabutan bertuah...dpt tea set...tq pd penganjur. tak menang pun tak pe. tp pengalaman indah bagiku....

Setelah majlis selesai...smpat borak2 gan pihak juri...oooOooo rupa2nya kitorng byk melakukan kesalah semasa pertandingan. panjang le citenya...itu x bley, ini x bley. barulah tau... :)
ok la...ntt saya uploadkan menu sihat yg di olah & dicipta oleh Datin Habibah selaku chef Biro Seranta...korang boleh cuba kay...daaa...

peserta bergambar sebelum pertandingan

bz menghias meja..

tara...

masakan ikan

lepat pisang


soal jawab bersama juri....




Tanamanku...

Orkid oh orkid....pkk yg memerlukan kesabaran. dah lama dibaja & diracun. tp tak semuanya berbunga. sabar je lah...hobi yg dah lama berputik dihatiku...kekadang terabai jugak dek kesibukanku. inilah diantara bunga2 yg mekar ditaman ku....






oppss....ni pokok bakawali

Kucingku....O'yeam.....

Salam...lama dah tak n3, rindu lak rasanya.. kekangan masa dan kesibukan melanda diri ini..hehehehehe. ha..ini adalah hobi terbaru ku. Pelihara kucing. Ini kucing keduaku. Yang pertama namanya Baby. yg ini O'yeam. (Oren..tp baby intan panggil O'yeam). Mmg nakal sungguh si o'yeam ni. Suka cakar, & gigit kaki orng. gelang kaki ku putus dibuatnya. Tak duk diam. bila tgk orng berjalan mula la dia menerkam. terhibur dibuatnya. tgklah lagaknya dibawah....:)




Sunday, 10 October 2010

RENDANG HATI

10.10.2010 - Nak makan rendang hati la pulak. Susah kan, macam orng mengandung, bl nak makan sesuatu tu terus nak ade depan mata. Orng mengandung pn x macam ni. hehehehehehe... Nasib baik kedai kat umah tu ada jual hati. Kalau tak kena ke pasar besar la pulak.
Bolehlah layan resepi rendang daging sbb sama jer cara & bahannya. Selamat mencuba.





Tuesday, 5 October 2010

KEK PRUNE KUKUS

Kali ni sy mencuba kek kukus pulak. Resepi dari tenet. Skali tgk cam kek gula hangus je.
Rupa2nya kek prune kukus. Ha...cubalah. resepinya mudah aje.

Bahan-bahannya : -
  • 250gm butter
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 20 biji prune - blend dengan 100ml air. blend kejap aje.
  • 5 biji prune yg dihiris kasar
  • 5 biji telur

Caranya :

  • Butter, gula dan susu pekat dipukul sehingga kembang.
  • Masukkan pula telur satu persatu sambil dipukul rata.
  • Setelah itu masukkan prune yg diblend. Kacau rata.
  • Tepung yg telah diayak dimasukkan sedikit sedikit sehingga habis.
  • Masukkan prune yang dihiris kasar pula. Kacau rata.
  • Adunan dimasukkan ke dalam loyang 8 inci. yang dilapik kertas minyak.
  • Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Kukus selama 1 jam dengan api sederhana besar.

~~~~~~~~~~~(*_*)~~~~ selamat mencuba~~~~~~~