Monday 30 August 2010

TART NENAS

Projek pertama biskut raya..Tart Nenas. menjadi kegemaran family. Bila nk buat tart ni...selalu sy merungut..leceh lah, nk buat jem lagi. hmm...tp sejak tahun lepas, sy gunakan jem yg dijual di kedai2. mmg sedap biskut ni. lebih2 lagi bila menggunakan butter. lembut jer. resepi ni bukan dari tenet tp dari Hasmanoor Culinery. ha...kan pakar yg mencipta resepi ni, mesti la sedap...tak percaya????? cuba dulu br tau. buat cm sy..beli jer jem nenas abis cite...hehehehehe. selamat mencuba ye!!! gulung...jangan tak gulung....;)
Bahan-bahannya :
  • 250gm butter
  • 40gm fine sugar
  • 40gm tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telor grade A
  • 1/2 sudu kecil Vanilla
  • 350gm tepung gandum
  • Jem nenas secukupnya

Caranya :

  1. Putar butter, gula, tepung jagung, tepung kastard, telur dan vanilla sehingga berkrim.
  2. Masukkan tepung gandum. kacau rata dan rehatkan 15 minit.
  3. Terap adunan menggunakan acuan tart gulung dan isikan jem. gulung. sapu kuning telor dan bakar 150'c selama 20 minit.











Monday 16 August 2010

NASI AYAM

Saya gemar buat nasi ayam, nk tau kenapa?? sbb setiap kali buat mesti 'licin'!! family mmg gemarkannya. de pelbagai menu tp resepi ni sy olah sendiri. Dari resepi 3 orng guru (mak mertua, mak angkat dan sepupu) saya satukan mengikut citarasa sendiri. hmmm....ini lah hasilnya. opppsss....lupa lak nk snap sup...tak pe lah. next time ok.. cuba tau jgn print n simpan jerk resepi ni....hehehehehe

Bahan2nya:

1/2 inci halia - dimayang
1/2 biji bawang besar -dimayang
1 ekor ayam (dipotong 4) - direbus semuanya selama 20 minit
setelah direbus perapkan ayam dengan bahan ini..
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar madu
Goreng sebentar.


Nasi :
4 cawan beras (bersihkan dan tos)
4 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar mentega (sy guna planta)
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar - dimayang
1/2 inc halia - dimayang
1 ketul kiub ayam maggie
Garam secukup rasa
  • Cairkan mentega. Tumiskan bawang & halia dan daun pandan sehingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng sebentar.
  • Masukan air rebusan ayam, kiub ayam maggie dan garam secukupnya.

SUP:
5 cawan air rebusan ayam
1/2 inci halia dihiris memanjang
1/2 biji bwng besar dimayang
2 sudu besar lobak masin
1 sup bunjut
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya.

  • Campur semua bahan2 sup dan renehkan sebentar. Hias bersama daun sup.
AIR LADA:
8 biji lada besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


  • Campur semua bahan. Kisar sehingga hancur. Panaskan sebentar di atas api sederhana(tujuannya supaya tidak mudah basi)

AIR KICAP:
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
Air rebusan ayam
2 sudu kecil minyak


  • Panaskan minyak, tumis bawang putih. masukkan air rebusan ayam dan kicap. Renihkan 5 minit(air perapan ayam pn dimasukkan sekali)..

ULAMAN:
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup

Nasi dihidang bersama ulaman, ayam, sup dan kicap.

BUBUR GANDUM

Bubur ni mmg kegemaran sy...simple je.
Kemestian bila tiba Ramadhan.
Kerja mudah, Ramuannya pn mudah..

(I)
1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam halus
sedikit air kapur sirih
air secukupnya
Cara :
Campurkan tepung, garam dan air kapur,
masukkan air sedikit-sedikit sambil dikacau rata
sehingga semuanya sebati..(cam wat cucur)
Panaskan air dlm periuk sehingga mendidih.
Ceduk adunan ke dalam periuk menggunakan hujung sudu kecil.
Biarkan masak dan toskan.
(II)
4 cawan santan
4 sudu besar gula (ikut suka)
1/2 keping gula melaka
sedikit garam
1 helai daun pandan
Caranya:
Campur kesemua bahan. Kacau sehingga naik wap.
Masukkan (I) dan kacau sehingga masak.
Hidangan untuk 2 orang

KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES

Resepi ni sy c&p dr blog ummi zahaidi. (http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/) halal ye ummi, malas nk taip lah. kek ni lembut dan mudah nk buat. cuba lah kalau tak percaya
mmg lembut dan sedap!!

Bahannya:
5 biji telor gred A (sejukkan)
220 gm gula halus (resepi asal 225gm)
220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder (hanya tuk tepung gandum)
1 sudu besar ovallette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak (125 gm butter - cairkan)
1 sudu kecil esen vanila
pewarna merah dan hijau
asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
  • Petua : selalu lap tudung kukusan setiap kali melapis supaya air tidak jatuh ke atas kek..

MUFFIN PISANG

Lembut & gebu..ungkapan terbaik tuk muffin pisang ni. Sy suka makan panas2. Anak lelaki sy pn suka muffin ni. Ringkas dan mudah dibuat. Tak percaya???..ha cuba sendiri. Sy gunakan paper cup saiz 8 hasilnya dapat + 85 biji muffin.



Bahan2nya:
450gm pisang emas @ berangan
1 1/2 sudu kecil banana esen
1 sudu kecil vanilla esen
500gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
8 biji telor gred A - disejukkan
10gm ovellete
450gm gula castor
300gm minyak masak

Caranya : -
1. Lenyek pisang, masukkan banana esen & vanilla. ketepikan
2. Telor & ovellete dipukul sehingga berbuih dan masukkan gula sedikit-sedikit sambil dipukul sehingga habis. pukul sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan dgn soda bicarbonate sedikit sedikit hingga habis.
4. Masukkan pisang dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak.
5. Isikan adunan sebanyak 3/4 dalam paper cup. bakar selama 25 minit suhu 170C
























Tuesday 10 August 2010

SALAM PERKENALAN

Salam dan selamat datang ke blog sy.
Simple blog for simple person.
Simple resepi untuk orng yg tiada masa...tp kadang2 memasak jugak. (macm sy..heheheee)
Ye la kan..kekadang tu bila kite cuba sesuatu resepi tp tiada sapa yg menjengah..bila dah
terhidang depan mata, mulalah bertanya..eh..cm ner wat nih..??? Boleh bg resepi??
Ha..skang tidak lagi..kalau sy cuba sesuatu resepi...sy akan msk blog. (terasa rugi pulak bila tak buat cm ni selama ni).
Senanglah hang pa seme kan. isk.isk...isk...kalau malas lg tak tau la...opppsss..bukan malas
tapi tak de masa.!! betui betui betui...

Banyak koleksi2 resepi yang hebat & bes-bes dalam tenet ni tapi sy nk koleksi sy sendiri!!.
Sy pn cm korang gak...salin resepi menimbun2. Tiap2 taun tambah koleksi & buku2 resepi.
Pas tu tak tau kemana hilangnya resepi tu...

Sy harap dengan wujudnya blog ini, koleksi resepi sy terjamin dan pada sapa2 yg
berminat nk cuba...cubalah...sy halalkan....sy pn tak pandai gak. tapi apa salahnya mencuba kan.

Disamping itu, sy nk selit2 kan jugak dengan hobi sy yg lain...nk tau pe? tungguuuuuuu

Okay, jumpe lagi.

Angah Nanie....:)

Wednesday 4 August 2010

SEMINAR KEYAKINAN DIRI

Assalamualaikum sahabat semua. Ini merupakan program bersama Puspanita Pahang. Program bersama dramatis Fauziah Nawi. Terpegun rasanya bila dapat berjumpa dengannya. Orangnya simple sahaja. Tak cerewet dan bersahaja. Dalam duk borak2 dengannya sempat jugak angah bertanya tentang lakonannya di dalam drama Pondok Buruk. Memang menyentuh kalbu. katanya.. beliau letih bila terpaksa membawak watak orang miskin dan susah. untuk menjiwai watak tersebut. beliau terpaksa berlapar, tak makan dan tak minum sehingga selesai penggambaran. maknanya..beliau merasai kesusahan, kelaparan dan kepayahan hidup orang-orang susah. Fuh!! sampai ke tahap tu. patut lah lakonannya menyentuh perasaan. pada program ni..ilmu yang dicurahkan tidak sia-sia. banyak yang dapat dipelajari daripadanya dan beliau tidak lokek ilmu.