Thursday, 24 December 2015


FAMILY DAY POK JAK CREW 2015 
Pertandingan Boling 
24 Disember 2015
Jam 2 petang 
Mega Lanes, Mega Mall 

Alhamdulillah tahun ini..terlaksana lagi family day PJC . 
Tahun ni merupakan paling banyak penyertaan. 
Seramai 35 orang peserta termasuk kanak-kanak. 
Sebanyak 5 group terdiri dari 6 orang peserta, dan 1 group kanak-kanak. 
Hapenning sungguh...dan yang bestnya..setiap orang tidak pulang dengan 
tangan kosong. Semua dapat hadiah. 

Alhamdulillah. 
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah dan kepada 
semua ahli PJC kerna menjayakan game ini.....





































Sunday, 1 March 2015

PUDING FRUIT COCTAIL & KUAH KASTARD


Dalam family angah...puding sangat digemari. Bermula dari mak..anak-anak hingga ke cucu semua suka puding. Puding biasa yang angah buat adalah puding buah yang dicampur kastard. dan kuah. itu aje. 
Tapi kali ni angah mencuba puding berkuah kastard. Dah agak feedback anak buah..ada yang suka..ada yang tak suka..pekat lah kuah dia...ngapa tak buat puding biasa..tetapi kebanyakkannya suka..hanya sorang dua jer cakap tak suka. biasa lah..benda baru kan...tapi mak angah cakap..sedap.

Puding agak manis dan kuahnya tidak manis. okay sangat kan. Resepi angah amik dari facebook. Angah suka screenshot resepi-resepi yang nampak sedap. Dan resepi ini salah satu yang angah cuba. Memang hasilnya tidak mendukacitakan dan sedap. Jom intai resepinya.....



Bahan-bahannya :
* 1 paket serbuk agar-agar 
* 2biji telor 
* 4 cawan air 
* 1/2 tin susu cair 
* 1 cawan gula 
* 2-3 sudu besar tepung kastard 
*1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah) 

Cara Membuatnya :
1. Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga larut.

2. Pukul telor dan campurkan tepung kastard, kacau rata dan ketepikan. 

3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair.biar mendidih, masukkan campuran 
telor tadi. Masukkan friut cocktail. 

4. Masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan. 


Bahan untuk kuah kastard. 

*300ml susu cair
*air dari buah cocktail 
*2 sudu makan gula 
*1 sudu tepung kastard
*sedikit esen ros

Cara membuatnya: 

Campurkan semua sekali dan simpan di dalam peti sejuk. 
Boleh juga dipanaskan sedikit susu cair sebelum memasukkan bahan lain. 

*****Selamat Mencuba *****

Saturday, 15 March 2014

FAMILY DAY POK JAK CREW - 2014

FAMILY DAY POK JAK CREW 
TARIKH : 15 MAC 2014 
AGENDA : 
PERTANDINGAN BOLING - MEGA LANES - 3.00 PETANG 
MALAM BBQ - PERKHEMAHAN BALOK - 8.00 MLM  

Kali ni kami berkumpul anak beranak. seronok sangat dapat bertemu, walaupun duduk di Kuantan tapi tiada masa nak berkumpul cam gini. So kebiasaanya kami berkumpul dan berbbq di rumah brother joe sahaja. Tapi kali ni disiang hari kami adakan pertandingan boling dan pada malamnya kami berbbq di Pusat Perkhemahan di Pantai Balok. tak semua dapat tido disana kerana hari hujan. 



Pertandingan boling di Mega Lanes, Mega Mall...gamat sungguh suasana dibuatnya. 

 



























BBQ Time....

Sunday, 10 June 2012

Kek Baby Intan

Assalamualaikum, apa kabar semua. Lama tak update blog ni. Kalau update pun, setakat muat je... Semenjak dua menjak ni..angah sedikit bz. Bz dengan kerja, bz dengan bisnes, kehidupan dan macam2 lagi. ermmm...memang ada hati nak update blog tapi tak kesampaian. 

Kerana keadaan sedemikian, hari jadi baby intan pun tak sempat nak sambut. sedar tak sedar dah 4 bulan berlalu. kesihan si Intan. Bila kawan2nya sambut birthday, Intan pasti bertanya, bila mama nak buat kek intan. So...akhirnya siaplah kek baby intan nih....


Kami ke kedai bakery bersama dan tema ana muslim dipilih sendiri olehnya. Kek ni untuk sambutan d rumah, kek untuk taska tak buat lagi...dan entah bila pulak tu...hehehehe...


Salam......

Sunday, 13 May 2012

Decoupage lagi...

Salam, decoupage lagi ye. kalau dah minat tu...ermmm...byk 
lagi projek yg ingin angah buat. tp masa tidak mengizinkan. slow2 la... 
Ada pulak kwn2 yg nk beli..tp sori ek...bukan untuk dijual. 
Koleksi peribadi aje. lain taun mungkin. hehehehe....


Ni untuk bonda tersayang........

Pelita ayam dah jadi pelita bungeee.....

Tuesday, 8 May 2012

Makan angin ke Kuala Terengganu

5hb Mei 2012 - Jalan-jalan ke Kuala Terenganu. Biasa lah..kalau dah tak tau
nk ke mana. akhirnya pegi nganu jugak. tp nasib tak baik. tak boleh 
nk ke mana2..hujan. lebih malang lagi, kamera pulak buat hal.
akhirnya ke Pantai Batu Buruk & Pasar Payang aje. 


Teruja sgt dpt naik kuda.....


keta kuda ni bukan si intan je naik...dgn abah
& mama skali naik...heheheh

Malam di Kuala Terengganu.....