Wednesday, 14 December 2011

MAJLIS PELANCARAN LAGU, LOGO, MASKOT & LAMAN WEB

14.12.2011
Betugas sebagai jawatankuasa cenderamata bagi penyediaan goodies untuk 
tetamu sempena Majlis Pelancaran Lagu, Maskot, Logo & Laman Web 
Sukan Malaysia XV Pahang Tahun 2012 di Hotel Zenith Kuantan. 

Bermula hari ahad dah bz dgn kekawan untuk menyediakan 500 goodies. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bak kata wonderpets..."apa yang penting..kerjasama".
So malamnya angah bertugas, terlupa lak bwk kamera. nk snap gan hp, hp pulak cap ayam serama......hehe
jadi...cedok je pic member punya kat kat FB....jangan mara arr...jom layan beberapa gambar kat bawah nih.





Hidangan makan malam....



sekian. TQ

Sunday, 11 December 2011

Decoupage - Bottle

18.12.2011 - Salam Ahad, 
Angah telah gian men'decoupage' skang nih. 
Lihatlah dibawah, botol yang dibeli dari SSF menjadi mangsa. 
Mungkin hasilnya tak seberapa, tapi nilah 1st decoupage pada botol. 
Boleh lah....kan baru belajar, kena banyak mencuba. 


Thursday, 8 December 2011

KELAS DECOUPAGE

08.12.2011 - Akhirnya dapat jugak angah joint kelas decoupage. Hiasan berasaskan tisu ni sebenarnya sudah lama angah minat. Tercari-cari tempat untuk belajar. Terima kasih pada Har (kenalan angah di FB), yang menganjurkan kelas ni. Dan ribuan terima kasih pada cikgu (Kak Gee) dari Kuala Lumpur. 
Di lain kelapangan nanti, boleh lah angah joint kelas Folk Art pulak...insyaAllah..

Bersama Har, kenalan dari FB. Baru pertama kali bertemu. 
Bersama Kak Gee & peserta kelas yang lain



Begitu tekun Kak Gee mengajar....

Bersama Kak Gee







Kerja yang memerlukan kesabaran....


Tekunnya Kak Nik....

Sempat lagi berposing tu..
Hasil kerjatangan angah...cantik kan..hehehe 


Board kosong, belum di'kerja'kan lagi.

Tuesday, 6 December 2011

Zumba Fitness - Breast Cancer Awareness Program

Happening sungguh!! Seronoknya dapat joint program zumba nih....disamping bersenam kita beramal. 
Angah punya la bz hari tu...cupcake perlu dihantar, kek kawin pun sama, 
jiran pulak wat kenduri kawin..tapi demi zumba ku gagahkan jua...ceewaah!!
Bermula dari 7.30 pagi dah kuar rumah...deliver cupcake. pas sarapan terus g zumba gan kak long.
12.30tgh bergegas balik dan terus deliver wedding cake. pastu terus g kenduri kawin...hukhuk...
letih giler....


Bersama-sama group zumba...mana satu angah ya...cuba cari

.sejak joint group zumba nih, angah dapat ramai kawan dan yang paling menyeronokkan, angah dah start bersenam semula. Bukan setakat angah jerk...kakak & adik angah pun dah terikut sama........very happening!
dan semoga kembali sihat & ceria 

okay...semoga jumpa lagi...daa...

Sunday, 4 December 2011

BANDAR KUANTAN BANJIR KILAT


05.12.2011 - Hujan lebat pagi tadi menyebabkan bandar Kuantan banjir kilat. 
MasyaAllah...terkejut tgk gambar-gambar ni kat blog & fb. 
Moga tindakan segera dibuat oleh pihak berwajib untuk memperbaiki masalah ni....
Pagi tadi masa sampai di opis dah hangat topik banjir ni. 
Terkejut Angah tengok gambar-gambar ni. Tak sangka lak boleh jadi cam ni. 
So Angah share kat cni..boleh la u all tengok ya...
Taj Megamall 

kat area ECM

CIMB depan megamall 

Jalan Bukit Ubi
Ni pulak pic kete terbakar kat ECM...kesihan la kat empunya kete...
Mohon perlindungan dari Allah dari segala musibah & bencana...AMIN..

Thursday, 1 December 2011

GELAGAT SI INTAN

Gelagat si Intan....

Peace...
 



sambil berehat menghilangkan penat....hehe
Katanya penat memandu kete..haha


Yeeehaaa.....

Sempat posing..





Monday, 7 November 2011

Anak ku kemalangan

Ianya berlaku genap seminggu selepas pemergian Mak Ngah. Juga disebabkan kemalangan jalanraya yang berlaku pada 24.06.2010 di Indera Mahkota, Kuantan. Setelah Angah mendapat berita kemalangan ini, badan Angah menggeletar, mungkin masih trauma dengan  kemalangan yang menimpa Arwah Mak Ngah.  Syukur pada Mu Tuhanku kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama lagi. Namun setelah setahun lebih kemalangan ini berlaku, barulah Angah mempunyai kekuatan untuk bercerita pada teman-teman sekelian. Itulah sebabnya Angah menyepi....


Hari kejadian merupakan hari kedua anak angah masuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kuantan.  Segala kegembiraan Angah bertukar apabila kemalangan ini berlaku. Inilah gambar-gambar anak angah semasa di wad. Ini pun sumbangan sedara mara yang datang melawat. 

Ini lah ketentuan dari Allah. Menguji keteguhan iman insan kerdil bernama Angah ini...alhamdulillah segala kekuatan dan semangat Angah semasa menjaga Belong (panggilan manjanya), hanya dengan kekuatan Allah. Ada banyak hikmah dari ujian ini.!! Sekarang bila Angah lihat gambar-gambar nih...Angah sendiri jadi ngeri....


Belong seorang yang kuat semangat dan kerana itu juga Belong cepat sembuh. Walaupun dengan paras yang berbeza, Belong tetap tabah.  Disebabkan kemalangan itu, batang hidung Belong hancur terus, tulang pipinya patah, dan syukur padaMu Ya Allah, tiada kecederaan lain. 




Gambar di atas selepas 3 hari kemalangan.  Belong masih belum sedar kerana ubat penahan sakit yang diberikan kepadanya. Gambar disebelah pula selepas pembedahan dilakukan selama hampir 12 jam. Sepanjang waktu itu..sewaktu menunggu di luar bilik pembedahan, semuanya jadi tak kena pada Angah dan suami. Tepat pukul 11.40 malam, Belong keluar dari bilik pembedahan dengan muka yang bengkak sangat. Terus sahaja dia dimasukkan ke Wad ICU kerana keadaan yang tidak stabil. Rupa-rupanya kulit muka Belong diturunkan dari atas dahi ke hidung untuk membetulkan tulang pipi yang patah dan retak. Dan pada jam 4.00 pagi akhirnya Angah dibenarkan melihat Belong setelah sekian lama menunggu. Apa yang Angah lihat memang mengejutkan. Badan Belong berselirat dengan wire dan dia dalam keadaan lemah. Namun begitu bila Angah genggam tangannya..dia membalas. Alhamdulillah. Dan Angah bisik ke telinganya..."Kuatkan semangat, ingat Allah dan ibu sayang Belong"...terus tanganku digenggam erat sambil mengangguk kepadanya perlahan. Esoknya...belong dibenarkan masuk ke wad biasa. Syukur padaMu tuhanku. Hampir 9 hari belong di tahan di wad. 



Kes Belong terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana tiada pakar pembedahan plastik di HTAA Kuantan. Maka bermulakan episod berulang alik ke Kelantan pula. Akhirnya pada 07 April 2011, Belong dimasukkan ke wad dan menjalani pembedahan pembetukan tulang hidung yang diambil dari tulang rawan rusuk kanannya. Tapi pembedahan ini bukan merupakan pembedahan yang besar. Gambar sebelah dan bawah diambil selepas pembedahan. Senyuman terukir dibibirnya....dan tiada yang indah bagi Angah selain senyuman Belong...:)
Setelah semua ini diharungi...dan direnungi dari sudut yang positif. Banyak hikmah dari kejadian ini. Allah yang menentukan segalanya. Dari kejadian inilah, baru Angah tau erti sebenar persahabatan...dan hati ini telah terguris..... Terima kasih pada teman-teman, kenalan dan sanak saudara yang datang melawat dan memberi sokongan dan perangsang pada kami sekeluarga. Dan hanya Allah lah yang membalasnya. 

Secebis doa....

"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu...Engkau berikan aku kekuatan. Engkau tabahkan aku menghadapi segala dugaanMu. Engkau berikan kesabaran kepadaku. Ampunnilah dosa-dosaku. Tunjukkilah aku jalan kebenaran dan jalan yang lurus. Engkau kurniakan insan-insan yang penyayang kepadaku. Ampunnilah dosa-dosa mereka dan kuatkanlah mereka seperti mana kau kuatkan aku semasa aku menghadapi dugaan mu ini....dan sesungguhnya, tiada kekuatan melainkan kekuatan Mu Ya Allah...Engkau yang maha mengetahui segalanya, dan selamatkan lah ahli keluarga ku di dunia dan diakhirat...amin.."

Friday, 4 November 2011

Al-Fatihah buat Mak Ngah Maimun

AL-FATIHAH

10.1.1946 - 18.06.2010 



Pada 18 Jun 2011 (Jumaat) lebih kurang pukul 12 tengahari, Angah yang sedang berkursus di Hotel Sri Malaysia, Kuantan telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari suami angah tentang berita kematian mak saudara angah (iaitu kakak mak) didalam kemalangan jalanraya. Mungkin angahlah orang yang akhir sekali menerima berita itu. Lebih puluhan 'miss call' di screen handphone angah yang di'silent'kan. 

Sepatutnya selepas kursus hari tu, angah akan berjumpa dengan arwah untuk berbincang mengenai permohonan tanah. Tapi...Allah tidak mengizinkan dan Allah lebih sayangkannya. 

Arwah meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala. Pemergiannya merupakan kehilangan besar kerana beliau seorang yang dihormat dan amat rapat dengan keluarga kami   Kehilangannya amat dirasai....

Arwah atau nama sebenarnya Maimun binti Abdullah amat dikenali kerana beliau berkecimpung di dalam bidang katering (Miza Katering). Beliau memang berbakat didalam bidang memasak dan aktif dengan persatuan antaranya WI (Wanita Islam).  
Keadaan kereta yang remuk


Gambar-gambar ini diambil oleh anak arwah..Normirawati.
Tak perlulah angah mengulas tentang kejadian ini, segalanya ketentuan Allah SWT. Marilah kita berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman....AL-Fatihah. 
Keratan akhbar yang angah simpan. 
Keratan dari Berita Harian & Sinar Harian.