AL-FATIHAH
10.1.1946 - 18.06.2010
Pada 18 Jun 2011 (Jumaat) lebih kurang pukul 12 tengahari, Angah yang sedang berkursus di Hotel Sri Malaysia, Kuantan telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari suami angah tentang berita kematian mak saudara angah (iaitu kakak mak) didalam kemalangan jalanraya. Mungkin angahlah orang yang akhir sekali menerima berita itu. Lebih puluhan 'miss call' di screen handphone angah yang di'silent'kan.
Sepatutnya selepas kursus hari tu, angah akan berjumpa dengan arwah untuk berbincang mengenai permohonan tanah. Tapi...Allah tidak mengizinkan dan Allah lebih sayangkannya.
Arwah meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala. Pemergiannya merupakan kehilangan besar kerana beliau seorang yang dihormat dan amat rapat dengan keluarga kami Kehilangannya amat dirasai....
Arwah atau nama sebenarnya Maimun binti Abdullah amat dikenali kerana beliau berkecimpung di dalam bidang katering (Miza Katering). Beliau memang berbakat didalam bidang memasak dan aktif dengan persatuan antaranya WI (Wanita Islam).
Keadaan kereta yang remuk |
Gambar-gambar ini diambil oleh anak arwah..Normirawati. |
Keratan akhbar yang angah simpan. |
Keratan dari Berita Harian & Sinar Harian. |
ohhh mak saudara kak nanie yer...al-Fatihah buat arwah
ReplyDeletea'aah lina..mmg terasa kehilangannya...al-fatihah
ReplyDelete