Monday, 7 November 2011

Anak ku kemalangan

Ianya berlaku genap seminggu selepas pemergian Mak Ngah. Juga disebabkan kemalangan jalanraya yang berlaku pada 24.06.2010 di Indera Mahkota, Kuantan. Setelah Angah mendapat berita kemalangan ini, badan Angah menggeletar, mungkin masih trauma dengan  kemalangan yang menimpa Arwah Mak Ngah.  Syukur pada Mu Tuhanku kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama lagi. Namun setelah setahun lebih kemalangan ini berlaku, barulah Angah mempunyai kekuatan untuk bercerita pada teman-teman sekelian. Itulah sebabnya Angah menyepi....


Hari kejadian merupakan hari kedua anak angah masuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Kuantan.  Segala kegembiraan Angah bertukar apabila kemalangan ini berlaku. Inilah gambar-gambar anak angah semasa di wad. Ini pun sumbangan sedara mara yang datang melawat. 

Ini lah ketentuan dari Allah. Menguji keteguhan iman insan kerdil bernama Angah ini...alhamdulillah segala kekuatan dan semangat Angah semasa menjaga Belong (panggilan manjanya), hanya dengan kekuatan Allah. Ada banyak hikmah dari ujian ini.!! Sekarang bila Angah lihat gambar-gambar nih...Angah sendiri jadi ngeri....


Belong seorang yang kuat semangat dan kerana itu juga Belong cepat sembuh. Walaupun dengan paras yang berbeza, Belong tetap tabah.  Disebabkan kemalangan itu, batang hidung Belong hancur terus, tulang pipinya patah, dan syukur padaMu Ya Allah, tiada kecederaan lain. 




Gambar di atas selepas 3 hari kemalangan.  Belong masih belum sedar kerana ubat penahan sakit yang diberikan kepadanya. Gambar disebelah pula selepas pembedahan dilakukan selama hampir 12 jam. Sepanjang waktu itu..sewaktu menunggu di luar bilik pembedahan, semuanya jadi tak kena pada Angah dan suami. Tepat pukul 11.40 malam, Belong keluar dari bilik pembedahan dengan muka yang bengkak sangat. Terus sahaja dia dimasukkan ke Wad ICU kerana keadaan yang tidak stabil. Rupa-rupanya kulit muka Belong diturunkan dari atas dahi ke hidung untuk membetulkan tulang pipi yang patah dan retak. Dan pada jam 4.00 pagi akhirnya Angah dibenarkan melihat Belong setelah sekian lama menunggu. Apa yang Angah lihat memang mengejutkan. Badan Belong berselirat dengan wire dan dia dalam keadaan lemah. Namun begitu bila Angah genggam tangannya..dia membalas. Alhamdulillah. Dan Angah bisik ke telinganya..."Kuatkan semangat, ingat Allah dan ibu sayang Belong"...terus tanganku digenggam erat sambil mengangguk kepadanya perlahan. Esoknya...belong dibenarkan masuk ke wad biasa. Syukur padaMu tuhanku. Hampir 9 hari belong di tahan di wad. 



Kes Belong terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana tiada pakar pembedahan plastik di HTAA Kuantan. Maka bermulakan episod berulang alik ke Kelantan pula. Akhirnya pada 07 April 2011, Belong dimasukkan ke wad dan menjalani pembedahan pembetukan tulang hidung yang diambil dari tulang rawan rusuk kanannya. Tapi pembedahan ini bukan merupakan pembedahan yang besar. Gambar sebelah dan bawah diambil selepas pembedahan. Senyuman terukir dibibirnya....dan tiada yang indah bagi Angah selain senyuman Belong...:)
Setelah semua ini diharungi...dan direnungi dari sudut yang positif. Banyak hikmah dari kejadian ini. Allah yang menentukan segalanya. Dari kejadian inilah, baru Angah tau erti sebenar persahabatan...dan hati ini telah terguris..... Terima kasih pada teman-teman, kenalan dan sanak saudara yang datang melawat dan memberi sokongan dan perangsang pada kami sekeluarga. Dan hanya Allah lah yang membalasnya. 

Secebis doa....

"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu...Engkau berikan aku kekuatan. Engkau tabahkan aku menghadapi segala dugaanMu. Engkau berikan kesabaran kepadaku. Ampunnilah dosa-dosaku. Tunjukkilah aku jalan kebenaran dan jalan yang lurus. Engkau kurniakan insan-insan yang penyayang kepadaku. Ampunnilah dosa-dosa mereka dan kuatkanlah mereka seperti mana kau kuatkan aku semasa aku menghadapi dugaan mu ini....dan sesungguhnya, tiada kekuatan melainkan kekuatan Mu Ya Allah...Engkau yang maha mengetahui segalanya, dan selamatkan lah ahli keluarga ku di dunia dan diakhirat...amin.."

No comments:

Post a Comment