Monday, 16 August 2010

NASI AYAM

Saya gemar buat nasi ayam, nk tau kenapa?? sbb setiap kali buat mesti 'licin'!! family mmg gemarkannya. de pelbagai menu tp resepi ni sy olah sendiri. Dari resepi 3 orng guru (mak mertua, mak angkat dan sepupu) saya satukan mengikut citarasa sendiri. hmmm....ini lah hasilnya. opppsss....lupa lak nk snap sup...tak pe lah. next time ok.. cuba tau jgn print n simpan jerk resepi ni....hehehehehe

Bahan2nya:

1/2 inci halia - dimayang
1/2 biji bawang besar -dimayang
1 ekor ayam (dipotong 4) - direbus semuanya selama 20 minit
setelah direbus perapkan ayam dengan bahan ini..
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar madu
Goreng sebentar.


Nasi :
4 cawan beras (bersihkan dan tos)
4 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar mentega (sy guna planta)
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar - dimayang
1/2 inc halia - dimayang
1 ketul kiub ayam maggie
Garam secukup rasa
  • Cairkan mentega. Tumiskan bawang & halia dan daun pandan sehingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng sebentar.
  • Masukan air rebusan ayam, kiub ayam maggie dan garam secukupnya.

SUP:
5 cawan air rebusan ayam
1/2 inci halia dihiris memanjang
1/2 biji bwng besar dimayang
2 sudu besar lobak masin
1 sup bunjut
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya.

  • Campur semua bahan2 sup dan renehkan sebentar. Hias bersama daun sup.
AIR LADA:
8 biji lada besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


  • Campur semua bahan. Kisar sehingga hancur. Panaskan sebentar di atas api sederhana(tujuannya supaya tidak mudah basi)

AIR KICAP:
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
Air rebusan ayam
2 sudu kecil minyak


  • Panaskan minyak, tumis bawang putih. masukkan air rebusan ayam dan kicap. Renihkan 5 minit(air perapan ayam pn dimasukkan sekali)..

ULAMAN:
Daun salad
Timun
Tomato
Daun sup

Nasi dihidang bersama ulaman, ayam, sup dan kicap.

No comments:

Post a Comment