Friday 4 November 2011

Al-Fatihah buat Mak Ngah Maimun

AL-FATIHAH

10.1.1946 - 18.06.2010 



Pada 18 Jun 2011 (Jumaat) lebih kurang pukul 12 tengahari, Angah yang sedang berkursus di Hotel Sri Malaysia, Kuantan telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari suami angah tentang berita kematian mak saudara angah (iaitu kakak mak) didalam kemalangan jalanraya. Mungkin angahlah orang yang akhir sekali menerima berita itu. Lebih puluhan 'miss call' di screen handphone angah yang di'silent'kan. 

Sepatutnya selepas kursus hari tu, angah akan berjumpa dengan arwah untuk berbincang mengenai permohonan tanah. Tapi...Allah tidak mengizinkan dan Allah lebih sayangkannya. 

Arwah meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala. Pemergiannya merupakan kehilangan besar kerana beliau seorang yang dihormat dan amat rapat dengan keluarga kami   Kehilangannya amat dirasai....

Arwah atau nama sebenarnya Maimun binti Abdullah amat dikenali kerana beliau berkecimpung di dalam bidang katering (Miza Katering). Beliau memang berbakat didalam bidang memasak dan aktif dengan persatuan antaranya WI (Wanita Islam).  
Keadaan kereta yang remuk


Gambar-gambar ini diambil oleh anak arwah..Normirawati.
Tak perlulah angah mengulas tentang kejadian ini, segalanya ketentuan Allah SWT. Marilah kita berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman....AL-Fatihah. 
Keratan akhbar yang angah simpan. 
Keratan dari Berita Harian & Sinar Harian.

2 comments:

  1. ohhh mak saudara kak nanie yer...al-Fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  2. a'aah lina..mmg terasa kehilangannya...al-fatihah

    ReplyDelete