Friday, 7 October 2011

Deco-deco time...

Hujung minggu kali ni angah mengecat. mangsa angah adalah pasu tempayan, rak majalah & tempat letak kunci, angah cat kalor putih...henglish style le kononnya. hehehehe...dah lama dah minat english style ni. ada 2 biji pasu tempayan menjadi mangsa angah kali ni. salah satunya angah dah deco seperti di bawah. lagi satu tunggu la dulu......idea dah ada tp masa pulak mencemburui...cewaahh... kena la slow-slow kalau semua nak buat dalam satu masa...pengsan le kan kan...


setelah dicat.....




Last sekali...bunga ros.
angah beli kat Romantika gak...dalam dua tangkai...RM10 se...



Taraaaaaaaaaa...............heheheh


Kat bawah ni...mangsa-mangsa angah.....

Tempat letak kunci



Teko RM2 se...beli kat Romantika gak..
gantung je kat bawah tu...kat atas tu pun nak letak jugak.
tapi tak jumpa lagi yang sesuai...


Rak letak majalah....pasu tinggi tu tak gubah bunga lagi

Pengepit kain langsir...

Tuesday, 4 October 2011

Orkid Butterfly

Antara koleksi orkid Butterfly angah. walaupun sangat sensitif. angah paling suka orkid jenis ni. memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh terdedah kepada cahaya dan air yang banyak. part yang paling best adalah bunganya yang tahan sehingga 3-4 bulan lamanya. 2 pasu orkid angah ni telah mati bila terkena hujan. sejak tu orkid ni angah letak dibawah bumbung. selamat dari cahaya dan air yang banyak. bunga pun tahan lama.


Untuk kekalkan bunga yang cantik. semburkan racun serangga pada kudup bunga sehingga bunga berkembang. semburkan 2 kali seminggu. jangan semburkan baja kerana bunga tidak tahan dengan baja. kalau tak jaga betul2, bunga butterfly ni akan berlubang2 digigit serangga. kan tak cantik. semut pun mengada2 masa ni. sebuk nk kacau.

cantik kan...tp jarang sangat berbunga.....

Saturday, 1 October 2011

Tanamanku part II

Tanaman ku part II, diantara tanaman angah yg berbunga-bunga skang ni....walaupn jarang2 berbaja tapi ttp berbunga......slalunya angah selalu bercakap2 dengan tanaman angah. kate orng tua2 bila bercakap dengan tumbuhan ni..ianya makin subur. betul ke tidak tak tau lah. tapi itulah yg selalu angah amalkan.






Pokok ni cina depan rumah bagi kat angah. katenya bila pokok ni berbunga. itu menandakan ada 'Ong' (luck). ada jugak sekali dua berbunga. tp sejak pindah kat tepi rumah. tak berbunga terus dah. merajuk kut....


Ni angah panggil orkid kerinting. mudah sangat berbunga.

Orkid 'Dancing lady' . Menari2 bila ditiup angin. mungkin kerana itu maka namanya tercipta kut.




Halicornia...





Monday, 26 September 2011

LAKSA KUAH PUTIH

Ahad, 25.09.201,ada panggil laksa kuah putih @ laksa kelantan. sy panggil laksa kuah putih. laksa ni menjadi kegemaran keluarga ku. so bolehlah cuba ya. kat bwh ni resepinya....



Bahan-bahan-:

1. 2 kg santan
2. 2 kg ikan direbus sebentar dg sedikit garam & asam keping
(sy guna 1 1/2 kg jer.)
3. 10 - 15 ulas bawang merah *
4. 2" halia * ( kisar semua bertanda * dgn sedikit santan cair)
5. sedikit garam
6. 2- 3 keping asam keping mengikut citarasa anda
(gunakan sedikit aje. boleh hidangkan bersama limau nipis/kasturi)
7. serbuk lada hitam ikut citarasa anda
8 3 kilo laksa - beli kat pasar besar (kekadang sy gunakan mee batang)


Caranya :

  1. Ikan diambil isinya dan kisar halus.
  2. Dalam periuk, masukkan santan, isi ikan, bawang yg dikisar, serbuk lada hitam, garam & asam keping.
  3. Masak menggunakan api yg sederhana besar. Kacau selalu jangan sampai menggelegak. agak-agak mendidih sedikit tutup api.
kuah laksa yang siap dimasak.....


Hidangkan laksa bersama berikut :-
  1. Timun batang
  2. Kacang panjang
  3. Daun kesum - sedikit
  4. Bunga kantan - sedikit (sy tak guna pun) Hiris halus semua bahan & gaul bersama
  5. Taugeh - dibersihkan
  6. Lada kisar - letak dlm bekas berasingan
  7. Belacan - letak dalm bekas berasingan
  8. Limau nipis @ limau kasturi - dipotong2
  9. Garam halus - letak dlm bekas berasingan

Monday, 19 September 2011

SAYUR AIR CAMPUR

Inilah antara resepi2 pertandingan memasak yang aku sertai...selamat mencuba..


SAYUR AIR CAMPUR

Bahan :

1 biji Keledek/Labu Manis

½ biji Labu Air

100 gm Cendawan

1 helai Daun Kunyit

Sedikit Daun Kemangi

1 batang Serai - dititik

2cm lengkuas - dititik

2 ulas bawang putih - dihiris

2 ulas bawang merah - dihiris

2 biji cili merah belah 4

3 sudu makan Ikan Bilis

(buang kepala dan tumbuk kasar)

3 sudu makan isi ikan kembung

(Bakar dan hancurkan isinya)

Garam dan gula (jika suka)

3 cawan Air

Lada Hitam (Jika suka)


Cara:

  1. Keledek dipotong kecil dan masak bersama air. Bila empuk masukkan labu air yang dipotong kecil.

  2. Bila empuk masukkan semua bahan-bahan lain.

  3. Masukkan garam.

  4. Masukkan gula & lada hitam (jika suka).

  5. Hidangkan.


AIR BARLI BERLIMAU


AIR BARLI BERLIMAU

30 gm Barli

600ml Air

½ biji jus Limau Kasturi

30gm Gula


Cara :

  1. Rebus barli dengan air hingga lembut.

  2. Biarkan sejuk sedikit, masukkan gula.

  3. Letak jus limau bila sudah betul-betul sejuk.

LEMPENG OAT SIHAT SERANTA & KUAH DHAL

Menu ni paling saya minati....sedap & sihat...cuba lah.

LEMPENG OAT SIHAT SERANTA

Bahan:

100gm Tepung Gandum

3 sudu besar Oat

25ml Susu Rendah Lemak

275 ml Air

Sedikit Garam

1 sudu besar Minyuk Jagung /Minyak Zaiton

Marjerin/Minyak makan untuk sapu kuali


Cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masukkan air sedikit-sedikit, kacau sebati.

  2. Panaskan kuali dan lenser dengan sedikit minyak (jika perlu).

  3. Sendukkan kecil-kecil dalam kualai dan leperkan.

  4. Balikkan dan biarkan sehingga masak.


    KUAH DAL

    Bahan :

    50gm Kacang Dal

    1 biji Kentang

    1 genggam Ikan Bilis – Buang kepala

    1 biji Bawang Besar

    300ml Susu Rendah Lemak

    1 tangkai Cili Besar – belah dua

    1 sudu besar Tepung Jagung

    Sedikit garam

    Sedikit gula (jika suka)


    Cara:

    1. Rebus kacang dal, bila empuk masukkan kentang dan bawang besar yang dipotong dadu. Masak hingga empuk.

    2. Masukkan susu, ikan bilis yang ditumbuk kasar, cili, garam. Masak dengan api perlahan.

    3. Akhir sekali masukkan tepung jagung.