Friday, 4 November 2011

Al-Fatihah buat Mak Ngah Maimun

AL-FATIHAH

10.1.1946 - 18.06.2010 



Pada 18 Jun 2011 (Jumaat) lebih kurang pukul 12 tengahari, Angah yang sedang berkursus di Hotel Sri Malaysia, Kuantan telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari suami angah tentang berita kematian mak saudara angah (iaitu kakak mak) didalam kemalangan jalanraya. Mungkin angahlah orang yang akhir sekali menerima berita itu. Lebih puluhan 'miss call' di screen handphone angah yang di'silent'kan. 

Sepatutnya selepas kursus hari tu, angah akan berjumpa dengan arwah untuk berbincang mengenai permohonan tanah. Tapi...Allah tidak mengizinkan dan Allah lebih sayangkannya. 

Arwah meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala. Pemergiannya merupakan kehilangan besar kerana beliau seorang yang dihormat dan amat rapat dengan keluarga kami   Kehilangannya amat dirasai....

Arwah atau nama sebenarnya Maimun binti Abdullah amat dikenali kerana beliau berkecimpung di dalam bidang katering (Miza Katering). Beliau memang berbakat didalam bidang memasak dan aktif dengan persatuan antaranya WI (Wanita Islam).  
Keadaan kereta yang remuk


Gambar-gambar ini diambil oleh anak arwah..Normirawati.
Tak perlulah angah mengulas tentang kejadian ini, segalanya ketentuan Allah SWT. Marilah kita berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman....AL-Fatihah. 
Keratan akhbar yang angah simpan. 
Keratan dari Berita Harian & Sinar Harian.

Wednesday, 2 November 2011

BISKUT ALMOND LONDON

Untuk raya haji kali ni, angah sempat siapkan sejenis je biskut (kesiannya kan), dalam kesibukan, sempat juga angah mengentel biskut nih...dulu angah buat jual. skang tidak lagi, tiada kesempatan. Sebenarnya segala bahan untuk biskut nih angah beli masa bulan puasa lagi. tapi tak sempat nak buat. Cuba la ya, resepinya dibawah tapi perlu diingatkan....biskut yang ada kekacang tidak boleh diputar terlalu lama. nanti minyaknya keluar. tak sedaplah biskut kita tu... selamat mencuba!!


Bahan-bahannya : -

80gm Butter/Margerine
80gm Gula Castor
150- 180gm Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
50gm badam kisar
2 biji kuning telor
1 sudu teh vanilla esen
40 biji badam (dibakar 20minit)
300gm ++ Coklat masakan
100gm badam cincang - untuk hiasan
Paper Cup

Caranya :

  1. Tepung dan baking powder diayak, masukkan badam kisar. ketepikan. 
  2. Putar marjerin & gula castor hingga kembang. 
  3. Masukkan telor dan vanilla esen. 
  4. Tepung gandum dimasukkan sedikit demi sedikit. 
  5. Ambil sebiji badam dan balutkan dengan sedikit doh. Buat sampai habis. 
  6. Bakar 20 minit. Biarkan sejuk. 
  7. Cairkan coklat masakan secara 'double boiler' dan celupkan biskut. 
  8. Masukkan dalam paper cup dan hias dengan badam cincang
~~SELAMAT MENCUBA~~

Monday, 24 October 2011

Sebelum & Selepas....

Kali ni jom tengok ruangtamu rumah angah before & after decor-decor. Berubahan kecil sebenarnya. Angah tak mahir dalam bab-bab mendecor nih...hentam je apa yang berkenan.
Sejak kebelangan ni berminat pulak dengan 'english style' walaupun tak seberapa tapi inilah hasilnya..sedikit perubahan telah mengubah keadaan. Dan pastinya dihari mendatang, angah akan tambah pe-pe yang berkenan dimata & dihati.....

sebelum & selepas....






bunga nih angah gubah sendiri..hentam aje...nasib baik menjadi!! hikhik






Sekian, jumpe lagi...

Friday, 7 October 2011

Deco-deco time...

Hujung minggu kali ni angah mengecat. mangsa angah adalah pasu tempayan, rak majalah & tempat letak kunci, angah cat kalor putih...henglish style le kononnya. hehehehe...dah lama dah minat english style ni. ada 2 biji pasu tempayan menjadi mangsa angah kali ni. salah satunya angah dah deco seperti di bawah. lagi satu tunggu la dulu......idea dah ada tp masa pulak mencemburui...cewaahh... kena la slow-slow kalau semua nak buat dalam satu masa...pengsan le kan kan...


setelah dicat.....




Last sekali...bunga ros.
angah beli kat Romantika gak...dalam dua tangkai...RM10 se...



Taraaaaaaaaaa...............heheheh


Kat bawah ni...mangsa-mangsa angah.....

Tempat letak kunci



Teko RM2 se...beli kat Romantika gak..
gantung je kat bawah tu...kat atas tu pun nak letak jugak.
tapi tak jumpa lagi yang sesuai...


Rak letak majalah....pasu tinggi tu tak gubah bunga lagi

Pengepit kain langsir...

Tuesday, 4 October 2011

Orkid Butterfly

Antara koleksi orkid Butterfly angah. walaupun sangat sensitif. angah paling suka orkid jenis ni. memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh terdedah kepada cahaya dan air yang banyak. part yang paling best adalah bunganya yang tahan sehingga 3-4 bulan lamanya. 2 pasu orkid angah ni telah mati bila terkena hujan. sejak tu orkid ni angah letak dibawah bumbung. selamat dari cahaya dan air yang banyak. bunga pun tahan lama.


Untuk kekalkan bunga yang cantik. semburkan racun serangga pada kudup bunga sehingga bunga berkembang. semburkan 2 kali seminggu. jangan semburkan baja kerana bunga tidak tahan dengan baja. kalau tak jaga betul2, bunga butterfly ni akan berlubang2 digigit serangga. kan tak cantik. semut pun mengada2 masa ni. sebuk nk kacau.

cantik kan...tp jarang sangat berbunga.....

Saturday, 1 October 2011

Tanamanku part II

Tanaman ku part II, diantara tanaman angah yg berbunga-bunga skang ni....walaupn jarang2 berbaja tapi ttp berbunga......slalunya angah selalu bercakap2 dengan tanaman angah. kate orng tua2 bila bercakap dengan tumbuhan ni..ianya makin subur. betul ke tidak tak tau lah. tapi itulah yg selalu angah amalkan.






Pokok ni cina depan rumah bagi kat angah. katenya bila pokok ni berbunga. itu menandakan ada 'Ong' (luck). ada jugak sekali dua berbunga. tp sejak pindah kat tepi rumah. tak berbunga terus dah. merajuk kut....


Ni angah panggil orkid kerinting. mudah sangat berbunga.

Orkid 'Dancing lady' . Menari2 bila ditiup angin. mungkin kerana itu maka namanya tercipta kut.




Halicornia...