Monday, 13 September 2010

NASI TOMATO & AYAM REMPAH MADU

10.09.2010 - Menu utama di pagi syawal.......Nasi tomato, ayam rempah madu. kebiasaannya pagi raya nasi minyak menjadi pilihan. tapi tahun ini tukar selera kepada nasi tomato lak. Resepi ayam pula adalah dari Majalah Saji. tak ingat dah tahun bila tapi dah lama mencuba. resepinya di bawah okay.
Nasi Tomato :
Bahan-bahannya :
  • Rempah 4 (bunga lawang, cengkih, pelaga & kulit kayu manis)
  • 1 kilo beras basmathi (direndam sebentar)
  • Air disukat sama banyak dengan beras. (Contoh 5 cawan beras = 5 cawan air)
  • 2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* (bahan * dikisar)
  • Setin kecil tomato puri
  • 1/3 cawan susu cair
  • Daun pandan
  • Garam
  • Planta & minyak sapi sedikit. /minyak masak

Caranya :

  • Planta/minyak sapi/minyak masak dipanaskan.
  • Masukkan rempah 4
  • Masukan pula bahan2 dikisar.
  • Masak sebentar, masukkan pula tomato puri.
  • Daun pandan, garam dimasukkan juga. (untuk membangkitkan bau pada nasi)
  • Masukkan air. biar menggelegak. Masukkan susu cair.
  • Setelah mengelegak masukkan beras dan masak sebentar.
  • Kecilkan api dan biarlah sehingga nasi masak.


Ayam Rempah Madu : -

Bahannya :-

  • 1 ekor ayam diperap dengan sedikit garam & kunyit. Goreng dan ketepikan.
  • 7 ulas bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 5cm halia * (bahan * dikisar)
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 4 sudu besar cili sos
  • 5 sudu besar cili kering - dikisar
  • 1 peket rempah kari ayam
  • garam dan gula secukupnya

Cara-caranya :

  • Tumis bahan kisar, rempah 4 sehingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan tomato puri, sos cili dan cili kisar.
  • Masukkan pula rempah kari (yg dicampur dengan sedikit air) gula & garam.
  • renehkan dan masukkan ayam.
  • kacau rata baru diangkat.

2 comments:

  1. salam kak,

    resepi ni takpayah letak madu ke? sebab nama die akak tulis madu.

    thank u kak. sangat berguna resepi ni. nak try malam ni.

    ReplyDelete
  2. wslm. mmg tak de madu. akak pn tak tau napa diberi nama ayam rempah madu. tapi kalu nak cuba isi madu pn ok gak kut.

    ReplyDelete